Friday, December 16, 2011

Kisah Azam Dan Hijrah

Assalammualaikum ikhwah akhawat, salam persaudaraan..

KHAS utk yg benar2 minat/TEKAD mendalami bidang pengajian islam di MESIR..tapi tak ada basic arab/bukan dari sekolah aliran agama..
Itulah saya 6tahun dulu..
Izin saya kongsi pengalaman ni dengan sahabat2..

Bersekolah di SRK/SMK ST BERNADETTE’S CONVENT sejak darjah1 sehingga tamat SPM 
(sempat setahun saja di sekolah berasrama penuh kerana HOMESICK = )  
tak pernah belajar arab tinggi dan tak ambil juga al quran sunnah+syariah islamiah masa SPM…tapi subjek PENDIDIKAN ISLAM itulah subjek kegemaranku!

Masa zaman2 sekolah dulu,minat sangat nak mendalami bidang agama…saya bagitau mak, “ALONG NAK P PONDOK BOLEH?”…mak tak bagi, suruh habiskan SPM kat CONVENT tu…masa tu saya berazam, ‘lepas SPM ni,pastikan dapat belajar agama(takhassus)’..dalam masa yang sama, saya SURVEY mana2 IPT yang buka tawaran untuk PELAJAR BUKAN ALIRAN AGAMA macam saya ni…

Alhamdulillah…selepas SPM, saya masuk INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS (IPTIPs)….di situlah saya mula kenal kalimah arab, cakap arab sikit2…lebih kurang KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB/PRA STAM…memang intensif dibuatnya {menangis-nangis waktu mula2 belajar arab dulu = ) }
6bulan selepas tu, bila result pra-stam pun dah keluar, ustazah2 cadangkan cuba buat STAM..

Walaupun saya sedar kemampuan saya yang terbatas ni -basic arab yang tak kukuh…’manalah sebanding diri ni yang baru 6bulan belajar arab dengan pelajar2 yang dah 5/6 tahun belajar arab di sekolah agama?!’
Tapi sebab fikir mak dengan abah kena banyak keluar duit lagi, jika saya berlama-lama di situ, jadi saya pertaruhkan untuk cuba ambil STAM…huhu ~

ALHAMDULILLAH, rezeki dari ALLAH…walaupun sekadar jayyid jiddan dan bukanlah pangkat MUMTAZ macam sahabat2 lain…{saya sedar kemampuan diri ni…pujuk2 hati, ‘belajar arab juga baru setahun setengah’}
Tapi syukur sangat2..
Berbekalkan dengan keputusan STAM tu..

Kini..
Saya pilih untuk berada di kuliah Usuluddin..
di Universiti AL-AZHAR cawangan Kaherah..
Merangkak lagi mencari ilmu..
Menangis lagi belajar bahasa arab fusha+ammi = )

Tapi bak kata Alif Aziz, “harus aku teruskan”
Inilah sikit pengalaman orang yang baru2 belajar agama/arab…yang harap-harapnya, boleh DIKONGSI dengan sahabat2 semua…terutama bagi yang sedang/pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama seperti saya…
Saya merasai apa yang sahabat2 rasai…
So, kena kuat AZAM/TEKAD…terus MENCARI…kerna DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN!!
insyaALLAH…Salam perjuangan.

No comments:

Post a Comment