Friday, December 16, 2011

Kisah Azam Dan Hijrah

Assalammualaikum ikhwah akhawat, salam persaudaraan..

KHAS utk yg benar2 minat/TEKAD mendalami bidang pengajian islam di MESIR..tapi tak ada basic arab/bukan dari sekolah aliran agama..
Itulah saya 6tahun dulu..
Izin saya kongsi pengalaman ni dengan sahabat2..

Bersekolah di SRK/SMK ST BERNADETTE’S CONVENT sejak darjah1 sehingga tamat SPM 
(sempat setahun saja di sekolah berasrama penuh kerana HOMESICK = )  
tak pernah belajar arab tinggi dan tak ambil juga al quran sunnah+syariah islamiah masa SPM…tapi subjek PENDIDIKAN ISLAM itulah subjek kegemaranku!

Masa zaman2 sekolah dulu,minat sangat nak mendalami bidang agama…saya bagitau mak, “ALONG NAK P PONDOK BOLEH?”…mak tak bagi, suruh habiskan SPM kat CONVENT tu…masa tu saya berazam, ‘lepas SPM ni,pastikan dapat belajar agama(takhassus)’..dalam masa yang sama, saya SURVEY mana2 IPT yang buka tawaran untuk PELAJAR BUKAN ALIRAN AGAMA macam saya ni…

Alhamdulillah…selepas SPM, saya masuk INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS (IPTIPs)….di situlah saya mula kenal kalimah arab, cakap arab sikit2…lebih kurang KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB/PRA STAM…memang intensif dibuatnya {menangis-nangis waktu mula2 belajar arab dulu = ) }
6bulan selepas tu, bila result pra-stam pun dah keluar, ustazah2 cadangkan cuba buat STAM..

Walaupun saya sedar kemampuan saya yang terbatas ni -basic arab yang tak kukuh…’manalah sebanding diri ni yang baru 6bulan belajar arab dengan pelajar2 yang dah 5/6 tahun belajar arab di sekolah agama?!’
Tapi sebab fikir mak dengan abah kena banyak keluar duit lagi, jika saya berlama-lama di situ, jadi saya pertaruhkan untuk cuba ambil STAM…huhu ~

ALHAMDULILLAH, rezeki dari ALLAH…walaupun sekadar jayyid jiddan dan bukanlah pangkat MUMTAZ macam sahabat2 lain…{saya sedar kemampuan diri ni…pujuk2 hati, ‘belajar arab juga baru setahun setengah’}
Tapi syukur sangat2..
Berbekalkan dengan keputusan STAM tu..

Kini..
Saya pilih untuk berada di kuliah Usuluddin..
di Universiti AL-AZHAR cawangan Kaherah..
Merangkak lagi mencari ilmu..
Menangis lagi belajar bahasa arab fusha+ammi = )

Tapi bak kata Alif Aziz, “harus aku teruskan”
Inilah sikit pengalaman orang yang baru2 belajar agama/arab…yang harap-harapnya, boleh DIKONGSI dengan sahabat2 semua…terutama bagi yang sedang/pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama seperti saya…
Saya merasai apa yang sahabat2 rasai…
So, kena kuat AZAM/TEKAD…terus MENCARI…kerna DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN!!
insyaALLAH…Salam perjuangan.

Tuesday, November 15, 2011

Sejenak Dengan Kesayanganku

Apabila jauh di perantauan, rindu dgn MAK, ABAH, APIK, YEEN bertambah-tambah..lagi2 bila dengar lagu nasyid Devotees “Aku Merinduimu”..sebaknya T_T
Apapun, Shamimi kena kuat semangat, CHAIYO!..sebab ini sebahagian jihad saya untuk membela nasib keluarga di kemudian hari..pernah terbaca satu pesanan ni, “penat belajar takpa, hasilnya kita akan nampak satu hari nanti”..jadi, berusaha!

ADIK-ADIKKU PEMBAKAR SEMANGAT
Alhamdulillah..Syafiq dah pun praktikal, sementara nak grad ni..katanya kalau nak jadi ‘iron chef’ mesti banyak pengalaman, meskipun kerja2 basic kat bahagian dapur. Menurutku, Syafiq mampu menjadi pelindung yg baik utk kakak dan adiknya..dia cool orangnya..hatinya lebih lembut dr hatiku (kalau kami tengok apa2 cerita yg ada part2 sedih, pasti dia dulu yg mengalirkan air mata ^_^ ) Yen dah pun selamat kat uia..moga suksess kat Gombak sana dik. Mungkin sebab yeen anak ketiga, sifat tegasnya lebih teserlah walaupun dia anak yg bongsu. Kadang2 dia nampak matured dariku..adeh. Dan sifat kepimpinannya lebih menonjol apabila dia dah makin dewasa ni. Doanya adikku ini terhimpun padanya sifat cantik, cerdik dan terdidik..ameen.
Apik, Yeen..ganbatte kudasai!!

ABAH DAN SOLAT JEMAAH
Selalu juga memori2 lama, zaman kanak2 kami adik-beradik terimbas kat ingatan..ingat lagi waktu solat jemaah dulu. Lepas solat biasanya abah akan suruh sorang2 baca doa, walaupun sebut doa tu dlm bahasa melayu pun takpa, janji bagi semua dengar..masa tu yg solat jemaah ada 5orang –abah,mak,saya,apik,yen. Sorang berdoa hampir 3minit, keseluruhannya lebih kurang 15minit..kadang2 datang rasa jemu, kami siap main2 lagi, usik sana-usik sini (sebab ketika tu masih fikiran budak2 lagi.hehe) Rupanya baru tau, abah nak latih kitaorang dengar, tahu dan rasai sendiri apa yg masing2 hajatkan dan sama2 pula mendoakan, mengaminkan. Taklah sorang2 anaknya tu susah/sedih sendirian kan. Macam motivate juga. Rindunya kenangan masa tu..
Antara moment yg best juga adalah sewaktu berkumpul dgn abah. Abah saya ni seorang yg suka bercakap@bersyarah. Contohnya kalau ada antara kawan2 kami datang rumah, siaplah nanti dapat ceramah darinya..hehe..kalau difikir2, tulah nasihat secara tak lansung n buah2 input yg perlu diambil perhatian. Selalunya bila abah bercakap, mesti pandang muka abah. Itulah adab yg diajar abah pd anak2nya. Mungkin sebab tu saya terbawa2 sampai sekarang bila mendengar orang bercakap = )

RIADAH KELUARGA
Sejak dari sekolah rendah, kami selalu dibawa riadah ke bukit kledang, kawasan bukit yg dibuat tracking. Rata2nya yg datang chinese, ada datang dgn family, budak2, warga emas yg kuat2 staminanya. Indian dan melayu ada je, tapi sikit. Orang2 kat situ selalu senyum kat kami, mungkin tengok budak2 kecil melayu yg panjat.hehe..dan mereka akan tolong kalau ada setengah kawasan yg susah kami nak daki (maklumlah budak kecil, kaki tak sampai nak panjat)
Selalunya abah yg sampai atas dulu. Pastu kami tengok abah akan jerit kuat2 kat atas. Ramai yg buat macam tu (melepaskan kelelahan/melegakan ketegangan barangkali) Dan kat atas ada taman yg cantik, macam seni bina china.
Nak panjat memang penat, kami ambil masa lebih kurang 1jam. Kadang2 kami mengomel kat mak abah sebab dah tak larat. Tapi waktu dah turun best sangat..siap berlumba lagi siapa sampai bawah dulu. Pernah kot, antara kami yg tersadung..termasuklah diri ni..hehe..
Sekarang bila lalu kat bukit kledang, teringat kembali kenangan sekeluarga naik tracking macam dulu.

MY MUM IS AMAZING
Dan paling tak lupa sekali, MY CHARASMATIC MUM… Mak tak banyak cakap, tapi banyak buat kerja. Kami adik-beradik banyak ikut mak dr segi pendiamnya. Namun diam2 mak, diam2 ubi berisi tau!
Salute keyakinan mak terhadap saya sewaktu saya nak tukar dr bidang akademik ke bidang agama, walaupun ada setengah cakap2 belakang yg bimbang dgn keputusan saya bertukar bidang (kononnya peluang pekerjaan di bidang pengajian islam tidak secerah bidang2 lain@pelajar pengajian islam sendiri sudah hilang keutamaan@ pelajar lulusan bidang agama, tak ke mana pun kemahiran mereka) Apapun, mak tak pernah halang minat anak2nya sebab mak suka kalau anak2 buat sesuatu dgn rela hati.
Terakhirnya, mak AWET MUDA. Saya nak jadi macam maklah *^_^*

Sunday, July 17, 2011

Terima Kasih Kerana Lahir

Bismillahirrahmanirrahim dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Lahir sudah mimicairo di dunia maya. Berkongsi perasaan, pandangan, pengalaman, cinta dan cita-citanya.


~Today the day that you were born is a precious day
Thank you for being born…mimicairo~